Ketuk-ketuk Salam


Sunday, March 10, 2013

APA ITU SISTEM TEORI DUNIA??


Teori sistem dunia yang dikemukakan oleh Immanuel Wallerstein ini adalah suatu sistem sosial perlu dilihat bahagian-bahagian secara menyeluruh dan keberadaan negara-negara dalam dunia internasional tidak boleh dikaji secara tersendiri kerana ia bukan satu sistem yang tertutup. Teori ini berkeyakinan bahawa tak ada negara yang dapat melepaskan diri dari ekonomi kapitalis yang menguasai. Wallerstein menyatakan sistem dunia moden adalah sistem ekonomi kapitalis.

Menurut Wallerstein, sistem dunia kapitalis dibahagi ke dalam tiga jenis, iaitu
·     negara core atau pusat, è mengambil keuntungan yang paling banyak, kerana kelompok ini dapat memanipulasikan sistem dunia sampai batas-batas tertentu
·      semi-periferi atau setengah pinggiran è mengambil keuntungan dari negara-negara           
           pinggiran yang merupakan pihak yang paling dieksploitasi  
·       negara periferi atau pinggiran.

Menurut Wallerstein negara-negara dapat “naik atau turun kelas,” misalnya dari negara pusat menjadi negara setengah pinggiran dan kemudian menjadi negara pinggiran, dan sebaliknya. Naik dan turun kelasnya negara ini ditentukan oleh dinamika sistem dunia. Pernah suatu saat Inggeris, Belanda, dan Perancis adalah negara pusat yang berperanan dominan dalam sistem dunia, namun kemudian Amerika Syarikat muncul menjadi negara terkuat (pusat) seiring hancurnya negara-negara Eropah dalam Perang Dunia II.

Wallerstein merumuskan tiga strategi bagi terjadinya proses kenaikan kelas, iaitu:

1.      Kenaikan kelas terjadi dengan merebut kesempatan yang datang. Sebagai misal negara pinggiran tidak lagi dapat mengimport barang-barang industri oleh sebab harganya mahal sedangkan komiditi primer mereka murah sekali, maka negara pinggiran mengambil tindakan yang berani untuk melakukan industrialisasi substitusi import. Dengan ini ada kemungkinan negara dapat naik kelas dari negara pinggiran menjadi negara setengah pinggiran.

2.      Kenaikan kelas terjadi melalui undangan. Hal ini terjadi kerana perusahaan-perusahaan industri raksasa di negara-negara pusat perlu melakukan pengeluaran ke luar dan kemudian lahir apa yang disebut dengan MNC. Akibat dari perkembangan ini, maka muncullah industri-industri di negara-negara pinggiran yang diundang oleh oleh perusahaan-perusahaan MNC untuk bekerjasama. Melalui proses ini maka posisi negara pinggiran dapat meningkat menjadi setengah pinggiran.

3.      Kenaikan kelas terjadi kerana negara menjalankan kebijakan untuk membangunkan  negaranya. Sebagai misal saat ini dilakukan oleh Peru dan Chile yang dengan berani melepaskan dirinya dari eksploitasi negara-negara yang lebih maju dengan cara menasionalisasikan perusahaan-perusahaan asing. Namun demikian, semuanya ini bergantung pada keadaan sistem dunia yang ada, apakah pada saat negara tersebut mencuba membangunkan dirinya, peluang dari sistem dunia memang ada. Jika tidak, mungkin kegagalan terjadi.

No comments: