Ketuk-ketuk Salam


Sunday, March 3, 2013

Secret Recipe..



Assalammualaikum wbt..

Disini kami nak cerita sikit mengenai tajuk tugasan pertama yang group kami dapat iaitu membuat research mengenai "Secret Recipe". Seperti yang anda semua dapat lihat, kami dah tayangkan gambar-gambar yang kami ambil, so sekarang ni kita nak cerita pulak tentang Secret Recipe tu sendiri.

Apa yang menarik sangat tentang Secret Recipe ni sebenarnya??...
Sebelum pergi kepada secara lebih terperinci tentang pemerhatian kita terhadap jenama ini, mari kita lihat sejarah penubuhan Secret Recipe ini dahulu.

Sejarah Secret Recipe

Ditubuhkan pada tahun 1997, dan berjaya mencipta nama ke peringkat antarabangsa sehingga dikenali di seluruh negara. Secret Recipe juga dikenali sebagai citarasa pilhan orang ramai yang merupakan produk makanan yang terdiri daripada pelbagai kek yang berkualiti tinggi, gabungan makanan serta perkhidmatan yang baik. 

Selain itu, ia juga mendapat pengiktirafan Sijil makanan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Tambahan lagi, secret recipe juga memenuhi piawaian penyediaan semua makanan di setiap restoran mengikut garis panduan yang diberikan. Apa yang menariknya, pelanggan yang mengunjungi Secret Recipe sentiasa boleh menikmati 20 jenis makanan yang disediakan yang terdiri daripada gabungan makanan, 40 jenis kek dan pastri dengan pelbagai perisa yang dicipta serta minuman juga ditawarkan disemua cawangan Secret Recipe.

Jenama Secret Recipe dikalangan produk makanan berjaya mendapat tempat di hati masyarakat samada didalam mahupun luar negara. Dan selama 10 tahun, syarikat makanan ini telah berkembang dan meluaskan empayarnya sehingga mampu membuka sebanyak 150 kafe di seluruh negara. Dengan pencapaiannya yang melonjak tinggi, Secret Recipe telah banyak meraih pelbagai anugerah seperti “Malaysia Book of Record 2003 ”, “ Excellent Food Award 2004 - Singapore ” dan banyak lagi.

Antara Menu Secret Recipe :

1) Turkish Indulgence Cakes
2) Pasta





Senarai semua jenis kek yang ada kat secret recipe: :)



Setakat ini sahaja buat kali ini...To be continue..
^_^

4 comments:

Ru..Ru..Ru.. said...

sedapnye turkish indulgence....~~~..:)

han'studio said...

xde tester ke?..haha

Unknown said...

ada tester..kt secret recipela..go beli sendiri ^^

Unknown said...

sedap japanase soba tuu...