Ketuk-ketuk Salam


Monday, March 4, 2013

Kisah K.A.M.I & Secret Recipe


Bismillahirrahmanirrahim….


Alkisah bermulanya pengembaraan K..A.M.I..
Pada 24 hb 2013, jam 3petang dalam hujan yang lebat group K.A.M.I telah menuju ke SECRET RECIPE yang terletak di Bandar Kuala Terengganu dengan menaiki 2buah kereta viva seramai 8 orang ahli semuanya…horreyyy!!!……pemergian kami untuk  membuat lawatan dan membuat pemerhatian awal mengenai perubahan sosial yang berlaku di secret recipe.nak ikut tak???? 

Setibanya kami di situ,biasalah disambut mesra oleh pekerja, kemudian kami memaklumkan kepada pengurus secret recipe tentang tugasan yang kami ingin jalankan.Nampak gayanya pengurus sporting je.. Bila tengok pekerja first time, secret recipe mempunyai etika layanan yang baik, sebagai contoh pelanggan akan diberi  menu yang terdapat di secret recipe terus dari meja pelanggan.. bila terpandang sekeliling plak, memang secret recipe menjadi pilihan kerana suasana yang teraputik sesuai dengan jiwa-jiwa tenang dan santai serta tempat menghilangkan tekanan sambil menikmati kek yang lazat lagi sedap..yumyummm…delicious..

Kami apa lagi..dah beku kat dalam itu,cepat-cepat buat order, sambil menyelam minum air..begitulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan pengembaraan kami,bukan sekadar melihat tetapi meninjau sambil mengambil kesempatan dan juga peluang untuk merasai sendiri keunikan menu utama Resepi Rahsia iaitu kepelbagaian jenis kek serta makanan ynag bercirikan ‘western’  .

Namun langit tidak selalunya cerah, kerana perubahan sosial yang mendadak telah berlaku di tengah jalan, nak buat macam mane, pelayan menunjukkan stereotaip terhadap kami  semasa pembayaran bil hendak dilakukan. Aduhhhh…..sakitnya hati melihat muka pelayan yang acuh tidak acuh terhadap kami…kenapa????ingat kami tak de duit ke??hehe….bila tengok layanan sesetengah pelayan jer, dah boleh nampak ketara dek status,pemakaian dan tingkahlaku. 

Akhirnya, kami menyedari hakikat kehidupan di mana yang atas disanjung-sanjung yang dibawah sebelah mata pun tak ingn dipandang..sob..sob….sedihnya..huhuhu..:’

(ok,setakat ini dulu yea ini cerita…esok nak‘berulamak’ plok…nantikan sambungan cerita sedih kami…)

1 comment:

Unknown said...

BERDEBOR2 NK TAHU SMBUNGANNYA.....LIKE2