Ketuk-ketuk Salam


Sunday, March 3, 2013

Pengenalan


PENGENALAN
Sains sosial ialah satu kajian sainstifik mengenai manusia dan masyarakat.Dalam masyarakat,manusia akan berhubungan dengan orang lain berdasarkan tingkah laku tertentu.Tumpuan kajian sains sosial ialah ke atas tingkah laku manusia dalam kelompok serta segala institusi dan sistem kawalan yang diwujudkan untuk mengawal perhubungan antara manusia dalam kelompoknya.
Dr. Abdul Rahman Embong mendefinasikan sains sosial adalah satu bidang yang amat luas jangkaannya.Ini kerana di dalamnya terdapat pelbagai jenis sub-disiplin ilmu iaitu sosiologi,antropologi,sains politik,ekonomi,psikologi,geografi dan sejarah.Pengetahuan yang terdapat dalam sains sosial pula dapat di gunakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul(Wan Abdul Halim Othman,1983)
Konsep sains sosial adalah berkaitan dengan fenomena sosio-budaya manusia merangkumi proses sosial,interaksi,sosial,kebudayaan,susun lapis sosial dalam masyarakat,proses pembentukan personaliti,pembangunan ekonomi dan keadilan sosial.

Definasi Perubahan Sosial
Perubahan sosial adalah suatu proses perubahan individu atau kelompok daripada satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain dalam satu sistem stratifikasi sosial.Terdapat beberapa dimensi perubahan sosial iaitu perubahan dari segi arah,massa,unjuran dan tandingan.Dan untuk mencapai perubahan sosial ianya dipengaruhi oleh beberapa faktor tertentu iaitu pekerjaan,pendidikan,perkahwinan,individu dan lain-lain.  

Definisi Pembangunan
Pembnagunan boleh ditakrifkan dengan pelbagai pandangan maksudnya pembangunan itu sendiri boleh dijelaskan secara meluas dan ianya mungkin membawa maksud yang berbeza antara masyarakat,budaya dan negara.Namun halatuju maksudnya adalah sama iaitu untuk mengenalpasti cirri-ciri masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pembangunan kehidupan sesebuah masyarakat dan menjadikannya sebagai sebuah negara yang dihormati dan mampu berdikari dalam semua lapangan.